Empayer Hatiku

Thursday, March 30, 2006

Doaku

Setiap hari kumohonAgar
Kau sentiasaMemberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinyaEngkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua ini... Ooh...KuatkanlahCekalkanlah diriku
posted by Nona at 1:18 PM 0 comments

Wednesday, March 29, 2006

Keikhlasanku

Keikhlasanku lafaz dalam bicara
Ketulusanku di dalam rasa
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kehadiranmu membina semula
Harapan yang terkubur
Yang ku sangka berakhir

Kejujuranku tersirat dalam jiwa
Kesetiaanku tiada kau duga
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kasih sayangku tiada nilainya
Tanpa risikan harta
Dan keindahan rupa

Bagaimanakah kau harus aku terima
Mengapakah harus dia hadir antara kita
Walau ku tahu hatimu selembut sutera
Namun kau kasarkan lidah bahasa
Ku rebah... aku tak bermaya
Terpaksa ku kumpul semula
Bekal cinta yang belum pernah kau sisa
Walau hasrat meronta
Ku terpaksa
Hindarkan kembar cinta
Antara ku dan dia
posted by Nona at 8:51 AM 0 comments

Tuesday, March 28, 2006

Love

Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah...
posted by Nona at 1:52 PM 0 comments

Monday, March 27, 2006

Terus Hidup

Hidup tak boleh berpandukan perasaan hati.
Yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah...
Menerima sesuatu atau membuat sesuatu ...
Dengan baik berlandaskan kenyataan

Harta yang paling indah adalah sabar.
Teman yang paling akrab adalah amal.
Pengawal yang paling waspada adalah diam.
Bahasa yang paling manis adalah senyuman.
Dan ibadah yang paling indah adalah khusyuk....
posted by Nona at 1:51 PM 0 comments

Friday, March 24, 2006

Perjalanan


hari ini aku terasa
hari ini aku merasa
sukar untuk di tafsir jiwa
menangis dalam keluhan
aku insan kerdil meniti perjalanan
banyak persinggahan tidak dirancang
percaturan kehidupan di luar jangkaan
itulah hakikat kehidupan...
posted by Nona at 8:38 AM 0 comments

Wednesday, March 22, 2006

Iris

Kau masih ku cintai sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku
Kau masih Dewi hatiku sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

*Kau masih ku cintai sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinnya pasti
Engkau milik ku


*To my hubby, my love never change....
posted by Nona at 1:27 PM 0 comments

Tuesday, March 21, 2006

Kaulah nyawa


Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting :

Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.
posted by Nona at 1:45 PM 0 comments

Pintu


Kata2 yang memang ada kebenarannya....

"Apabila salah satu pintu kebahagiaan telah tertutup,yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita..."
posted by Nona at 1:38 PM 0 comments

Insan yg bergelar ISTERI

**bukan mudah nak jadi seorang insan yg bergelar wanita**ISTERI SOLEHAH BIDADARI RUMAHTANGGA
Asma' binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:
"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.


Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu.Sekiranya dia menjauhimu,maka jauhilah dia dengan baik.
Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain. Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu."

Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dlm keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami. Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya,faham apa yang disenangi,tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayan oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga ayang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.

Isteri yang solehah kan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasihsayang yang lahir adalah ahasil dari masing-masing hendak mencari keredhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata-mata.Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama. Iateri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kaalu boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya,maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit."
"Wahai Fatimah,setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatit untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."

Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan?Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :" Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayan suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapan pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."

Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.

Dalam hal sebegini, siisteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah. Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.

Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :"Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan-ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

posted by Nona at 1:36 PM 0 comments

Aku tak biasa

Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa...
posted by Nona at 1:30 PM 0 comments

Booster

posted by Nona at 12:48 PM 0 comments

Monday, March 20, 2006

Doaku

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku au juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

JADIKAN LA DAKU SRIKANDI PENYEJUK DI MATA ..PENAWAR DI
HATI ..DI DUNIA DAKU LA PENYERI DI SYURGA MENANTI DAKU
BIDADARI......DOA INI DI PETIK DARI BICARA MUSLIMAH...
posted by Nona at 1:25 PM 0 comments

Wednesday, March 15, 2006

Sarapan

Hari nie kami sarapan diluar. Indah rasanya dapat berbual2 kosong sambil mendengar kicauan burung. Air yg tawar pun rasa manis. Ku renung wajahnya yg juga bertambah manis. Mudah tersenyum dan ketawa. Dah lama aku tidak mendengar deraian ketawanya. Rasa rindu. Aku merasakan seperti baru berkenalan dgnnya. Seperti byk yg ingin kami bualkan. Perasaan syg yg timbul beberapa hari ini juga berlainan rasanya. Alhamdullilah....semoga aku diberi ketenangan di setiap detik bersamanya. Walaupun perlahan2 aku ingin memaafkannya .... namun aku tidak mampu melupakan sejarah hitam . "I can forgive, but I cant forget".....
posted by Nona at 8:51 AM 0 comments

Tuesday, March 14, 2006

Dugaan

"Kadang-kadang pengajaran dari Tuhan yang didatangkan secara semulajadi ini, mahal harganya... melebihi nilai wang ringgit dan harta benda. Ianya pun satu dugaan untuk kita, sesabar mana kita menghadapi semuanya. Menduga hati, ketabahan dan meransang pemikiran untuk kita bertambah matang menghadapi hari-hari di dunia yang fana ini. Kalau kita fikirkan dan kalau diizinkanNya, maka setelah itu nanti, kita akan bertemu keindahan dari kepahitan yang kita lalui itu."

"Tuhan beri dugaan dan ujian pada orang yang mampu menghadapinya, Tuhan tidak akan beri sesuatu melebihi kemampuan orang tersebut."

Kerana itu Allah s.w.t kurniakan setiap manusia itu dugaan yang berbeza-beza. Tuhan sentiasa berbelas kasihan terhadap umatNya. Kerana kasih sayangNya itulah kita masih bernafas... walau jalan mana sekalipun yang terpaksa kita lalui.

Sesungguhnya aku redha atas dugaan yg aku lalui. Rasanya sinar cahaya sudah mula memancar dari celah2 pohoh yg menghijau nun diluar sana....
posted by Nona at 11:27 AM 0 comments

Monday, March 13, 2006

Wahai isteri2

(Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan. Apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami. Wallahualam bissawab.
posted by Nona at 5:02 PM 0 comments

Divorce

"When you go to a wedding and see 2 people getting married, in my mind it is 2 physical beings joining together before God, spiritually. It is a commitment of 2 souls joining together and going forward into the world. Unfortunately, with the divorce rate so high, it seems that many people are getting together mentally, emotionally, physically but not spiritually.""When you go to a wedding and see 2 people getting married, in my mind it is 2 physical beings joining together before God, spiritually. It is a commitment of 2 souls joining together and going forward into the world. Unfortunately, with the divorce rate so high, it seems that many people are getting together mentally, emotionally, physically but not spiritually."
posted by Nona at 4:34 PM 0 comments

Stop it

I used to honour you for being so honest
I used to admire you for being so hardworking
I used to praise you for being so loyal to us
I used to adore you for just being you
Now that I've learned the truth
I don't know what to honour anymore
I don't know what to adore anymore
I'm not even sure if I should (still) believe you
Unless you change
Unless you stop
Unless you realized
I will never forgive you
For your own sake...
You'd better change
You'd better stop
You'd better realized
We'll stay the way we are or...
We'll go "leaving" you alone
It's your call...In the meanwhile...
STOP acting in front of me as if nothing happends
STOP acting in front of us as if everything's ok
Just STOP being hipokrate!
posted by Nona at 12:57 PM 0 comments

Saturday, March 11, 2006

Coretan pagi

Di pagi ini ku merenung diri..
Mengingati apa yang telah terjadi...
Cuba menerima dengan lapang hati...
Agar semua baik-baik saja sampai nanti..
Aku harus pasrah menerima hakiki...
Dan aku akan cuba mengerti...
Aku hanya ingin kau sedari...
Aku hanya ingin kau ketahui...
Aku hanya ingin kau mengerti...
Bahwasanya semua tidaklah semudah membalikkan telapak tanganku ini...
Hanya waktu yang akan membawa mimpu ngeri ini...
Jauh dari sisi....

"To forgive is to forget". Itu kata orang bijak.For me, it doesn't work that way.I forgive, but I don't easily forget.
posted by Nona at 12:27 PM 0 comments

Help

Apa yg membahagiakan adalah, smua anggota kluarga suamiku baik dan prihatin terhadap aku. Aku punya seorang kawan yg mempunyai masaalah dgn bekas suaminya, namun smua anggota kluarga tidak mengendahkannya walhal mereka tau siapa yg salah. Tapi bagi diriku, mereka smua mengambil berat ttg permasalahan kami. Mereka byk menasihati dan memberi dorongan . Ramai yg membantu. Kata2 semangat sudah cukup buat aku lebih kuat dan tabah. Begitu juga dgn kluargaku, mereka smua berpendapat agar perceraian adalah jalan terakhir utk kami. Sedaya mungkin mereka menasihati agar aku byk bersabar dan meminta aku perbaiki apa yg kurang. Jgn salahkan suami semata, kerana pada mereka suamiku juga tidak menginginkan perkara sebegini berlaku. Jelas kelihatan ada anasir2 buruk antara kami.
posted by Nona at 9:15 AM 0 comments

Wednesday, March 08, 2006

Mata

Setiap malam, aku begitu sukar utk melelapkan mata. Aku sering menitiskan air mata. Kadang aku tak tau knapa aku begitu mudah mengeluarkan air mata. Setiap kali aku memandang suamiku, setiap kali itulah hatiku sering berkata2. Wajahnya sering membawa ku menerjah ke sejarah silam. Aku sering berperang dgn perasaan sendiri. Mengenangkan diri dikhianati dan dibohongi oleh suami yg amat ku cintai.

Sihir pemisah ini mmg sengaja membuat hatiku panas bila bersama suamiku. Kadang aku sendiri tak tau apa yg aku marahkan sgt. Kadang nak pandang mukanya pun aku mcm malas. Aku hanya mampu berzikir dgn kalimah Allah agar hati ku akan sentiasa tenang bila bersamanya.

Mungkin dia sedang berusaha melupakan wanita itu. Aku juga sedang cuba melupakan kisah dulu. Aku akan cuba sedaya upaya utk menyatukan kembali kehangatan cinta kita....
posted by Nona at 4:47 PM 0 comments

Monday, March 06, 2006

Dengan izin Allah

Pernikahan itu bisa berumur panjang bila ada usaha untuk memanjangkannya dan bisa berumur pendek bila tidak ada yang mau berfikir panjang.(Untuk suamiku, aku ingin selalu bersamamu... atas izin Allah)
posted by Nona at 12:48 PM 0 comments

Friday, March 03, 2006

Kesedihan

Kesedihan itu lumrah.
Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup.
Tetapi menilainya semula
dengan mata hati yg berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.
posted by Nona at 8:37 AM 0 comments

Be strong..

If ever things begin to look a little cloudy...they'll get better soon. Just remember that it's true: it takes rain to make rainbows,lemons to make lemonade and sometimes it takes difficulties to make us stronger and better people.
posted by Nona at 8:30 AM 0 comments

Thursday, March 02, 2006

Hingga akhir nanti



Ikrar kita mengharungi badai sakti

Mencari sinar kasih suci

Walaupun nafasku ini pasti terhenti

Jangan pula ada sangsi di lubuk hati

Percayalah cintaku tiada ganti

Kaulah kasihku hingga ke akhir hayat nanti...

posted by Nona at 8:05 AM 0 comments