Empayer Hatiku

Sunday, August 05, 2007

Redha

Jangan terlalu banyak meminta
ataupun mengharap dari seseorang insan
kerana sesungguhnya,
dia hanyalah manusia,
bukan pemilik dunia,
bukan penguasa angkasa
tapi manusia
terhad keupayaannya.


Dia hanya dapat memberi
yang terbaik sekadar kemampuannya
bukan terbaik seperti yang kau damba
bukan terbaik seperti yang kau pinta
sesungguhnya aku bimbang kelak kau akan kecewa


...Jika engkau tidak meletak pinta
mahupun harap yang tinggi padanya
andai kau terima segalanya pada dia seadanya
sudah tentu sekadar mampu yang diberinya
bisa menjadi yang terbaik yang pernah ada
lebih baik dari sebelumnya
lebih baik dari yang terkemudian datangnya
Aku yakin, kau pasti akan bahagia

...Hakikat ciptaan, kita hanyalah manusia biasa
Biar apa pangkat, darjat mau harta
kita tetap selamanya hamba
tetap bukan pemilik dunia
tetap bukan penguasa angkasa
Sesungguhnya Dia jualah yang Esa
Maka syukurlah kita dengan apa yang ada
syukurlah kita pada apa yang tiada
Lapangkan dada, bukakan minda
kerana segala ketentuanNya buat hambaNya
adalah dalam rangkuman ilmu pengetahuan Dia
dan percayalah
ia yang terbaik buat kita

Nyahla sang duka,
silakan masuk duhai REDHA


Petikan Hadis Rasulullah SAW.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
"Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar" (Sahih Muslim)

posted by Nona at 4:44 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home