Empayer Hatiku

Wednesday, August 01, 2007

Hubungan

Terkadang aku terfikir, adakah aku ni seorang isteri yg terlalu demanding? Kenapa aku harus terlalu berkira dgn suami? Mengapa harus aku sering mencari kesalahannya sedangkan aku sendiri punya kelemahan yg aku sendiri harus perbaiki.

Tadi bila aku mendengar cerita dari seorang teman sekerja ttg keadaan kluarganya, aku jadi kelu. Temanku ini hanya bertemu dgn suaminya pada hari Ahad. Suaminya kerja shift petang dan pulang jam 1-2 pagi. Bila suami pulang dari kerja, si isteri sudah lena dibuai mimpi. Bila isteri bangun pagi utk ke kerja, suami pula dibuai mimpi. Tapi apa ya aku nampak dari mata kasar, temanku ini tidak pernah nampak runsing atau bersedih hati. Malah raut wajahnya sentiasa manis dan senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
Katanya dia redha dan telah terbiasa dgn keadaan seperti itu sehingga dia tidak menganggap ianya satu isu yg perlu diremehkan sehingga menjejas hubungan mereka suami isteri. Sedangkan pada pandanganku, keadaan seperti itu tidak baik utk sebuah perhubungan suami isteri . Padaku keadaan seperti ini akan melemahkan struktur institusi sbuah kluarga. Ini berat sebelah, seolah2 anak2 dan hal ehwal dlm rumah adalah atas tanggungan si isteri saja. Kecuali isteri adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ermm...aku tabik temanku itu. Katanya, dia dah biasa dgn ketiadaan suami dirumah sehingga bila suami ada dirumah dia menjadi kekok. Adakah ini tandanya kasih syg mereka semakin jauh? Tapi apa yg aku pasti, bila mereka bersama, mereka nampak serasi bersama. Adakah kerana mereka jarang dpt bersama, ini membuatkan mereka sperti pasangan kekasih yg seperti rindu merindui antara satu sama lain? Aku jadi KELIRU....
posted by Nona at 1:20 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home