Empayer Hatiku
Friday, February 11, 2011
Senaman
Saturday, January 01, 2011
2011
Ya Allah, lamanya aku tidak update blog ini. Tetiba terasa rindu lalu aku dtg menjenguk. Masa cepat berlalu, kita sudah ke tahun baru 2011.
Kini kehidupan aku lebih membahagiakan. Anak2 sudah semakin dewasa. Suami semakin dekat dgn kluarga. Aku selalu panjatkan puji syukur pada Allah atas kurnianya.
Bila aku baca kembali kisah2 lama, rasanya amat perit. Tak sangka aku dapat menghadapi cabaran2 yg cukup hebat. Namun semua itu hanya keperitan semalam. Ia mendewasakan aku dan membuat aku kenal erti kehidupan yg sebenar .
Semoga 2011 membawa kebahagian yg berpanjangan .... Amin
Tuesday, November 03, 2009
Al-Quran
Syukur hari ini adalah hari pertaman anak ku yg 2 mula mengaji Al-Quran. Semoga dia menjadi anak yg baik, yg soleh & pandai duniawi & ukhrawi. InsyaAllah.
Sunday, August 09, 2009
14th Wedding Anniversary
Friday, August 07, 2009
Curahkan kasih sayang
2. Page you sweetheart with an I Love You page.
3. Give her a soft kiss.
4. Make everyday things special.
5. Give your love a little note or sending him an e-mail with a poem init.
6. Listen to her every word.
7. Making a list of everything you love about them. No matter howstupid.
8. Spend quality time with the one you love.
9. Have flowers delivered with a note attached saying simply, “I loveyou.”
10. Give unexpected hugs and kisses in unexpected places.
11. Cook them their favorite meal.
12. Hold each other when you fall asleep.
13. Just be together.
14. Give your love a long hard kiss on the lips, followed by a gift.
15. Sending romantic postcards on a daily basis.
16. Get off work early and surprise your sweetheart with a dozen rosesand dinner, just because.
17. Spend all week thinking of something special for the weekend andthen… do it!
18. Give him a loving smile from across the room.
19. Draw or obtain a new romantic picture of two lovers in each othersgrasp and give it to your love as a reminder of your passion.
20. If you live quite a distance from your love, surprise them with avisit.
21. When she is asleep in the morning, cover her with rose petals andwake her up to an I love you breakfast in bed.
22. Secretly write S-H-M-I-L-Y anywhere your lover will find it. SHMILY=See How Much I Love You.
23. Have a romantic weekend.
24. For a week, smothering your spouse with all the small intimatethings they like.
25. Do a simple act of kindness, such as a backrub when he feels sick,to brighten his day.
Thursday, June 18, 2009
Tuesday, March 31, 2009
Hilang 7 teman
Aku telah berkerja selama hampir 20 tahun. Tidak mungkin aku akan dpt gaji yg sama jika aku berkerja ditempat lain. Walau keadaan stress giler, aku tetap harus sabar & harus lakukan yg terbaik . Dengan wang gaji inilah aku dpt menikmati kehidupan yg selesa. Semoga Allah berikan aku kekuatan demi masa depan aku & keluarga.
Buat teman2 yg hilang pekerjaan, aku ucapkan yg terbaik utk mereka. Pengalama pahit manis kan sentiasa bersemadi .....
Monday, March 09, 2009
Marcell
Aku mula mengenali nama "Marcell" ketika aku mula jatuh cinta pada lagu "Jangan pernah berubah." I start to like his voice, cara penyampaiannya. He is cool man. Damn cool.
Aku hanya ingin mendoakan semoga Marcell bahagia dgn kehidupan barunya bersama Melati idamannya.
Jangan Pernah Berubah - Marcell
masih ada perasaan
yang tak menentu di hati
bila ingat sorot matamu
yang kurasa berbeda
* oh janganlah terjadi
yang selalu kutakutkan
beribu cara kan kutempuh
reff: oh cintaku kumau tetap kamu
menjadi kekasihku
jangan pernah berubah
selamanya kan kujaga dirimu
seperti kapas putih di hatiku
takkan kubuat noda
bayangkanlah dari matamu
bayangkan aku di sisimu
Marcell
Sunday, March 01, 2009
Doa
Saturday, February 28, 2009
Sabar
1. Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, rasa tidak aman dan lain-lain.
2. Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.
3. Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.
Semuanya ini sebagai lukisan bahawa secara kiasan Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan beramal soleh dengan sambutan yang baik dan memberikan kurnia keredhaan kepadanya. Ini adalah kerana....a. Allah SWT ingin menunjukkan kekuasaan mutlaknya terhadap manusia, baik ilmu ataupun hikmah rahsia-Nya.b. Untuk menunjukkan bahawa manusia itu harus tunduk dan wajib merendahkan din terhadap Khaliknya dengan penuh kehambaan. Sebab menghambakan diri kepada Allah pada hakikatnya manusia akan memperoleh kemuliaan dan ketinggian.
Berkenaan dengan sifat sabar, Allah telah menyebutkan di dalam Al Qur’an tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk, untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaanya.Banyak orang yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan diri dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.
Pengertian sabar seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi musibah (cubaan atau ujian) dengan cara yang baik, berikhtiar mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang shaleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalaman itu suatu dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat, keimanan dan keyakinan yang penuhi istiqamah.
Tuesday, February 24, 2009
Retrenched
Tak pernah terfikir olehku jika aku yg dibuang kerja. B'mana dgn kluarga ku, tentu keadaan akan terumbang ambing. Satu department menangis, mengenangkan nasib yg menimpa. Sedih kerana kami smua dah seperti kluarga. Menangis & ketawa bersama. Semua diantara kami sudah bekerja lebih dari 10thn. Byk suka duka yg telah kami lalui bersama.
Ya Allah, kau permudahkan lah perjalanan hidupku dlm hari2 yg mendatang.
Walau apa pun yg akan berlaku, smoga aku diberi kekuatan dlm mengharungi kehidupan....
Friday, February 20, 2009
Suamiku
bersyukurlah engkau sebagai seorang suami
kerana mempunyai isteri yang begitu setia pada dirimu
mengikut perintahmu,
taat kepadamu
Duhai suamiku...
bersyukur lah engkau kepada ALLAH
di kurniakan engkau seorang isteri yang sabar dgn karenah mu
sentiasa setia menunggumu
tenang di waktu kau di depan mata
gelisah di waktu kau tiada
Duhai suamiku...
engkau telah diberi amanah yang besar oleh Allah dengan kehadiran seorang isteri disamping mu
jaga la dia, tunjukkan jalan menuju keredhaan ALLAH kepadanya
kerana itu sudah pasti akan di tanya kelak kepadamu
akhirnya
Duhai suamiku...
Bersabarlah dengan karenah isterimu
sabarlah dengan cemburu isterimu
sabarlah dengan leteran isterimu
kerana dia sudah banyak bekorban keranamu
Wednesday, December 31, 2008
2009
2. i promise 2 not be 2 promising;
3. i swear 2 not stop swearing;
4. i will focus on feeling unfocused;
5. i agree 2 be disagreeable;
6. i give my word 2 have words with people;
7. i maintain that i am high maintenance;
8. i declare that i will make declarations;
9. i will opt to keep my options open;
10.i will have exact change for when madness takes its toll.
Sunday, December 28, 2008
Ur touch
Thursday, December 25, 2008
Sister's luv
Tuesday, December 23, 2008
Monday, December 22, 2008
Myringoplasty
Thursday, December 18, 2008
Lulus
Semoga anak2 ku akan menjadi anak yg baik & pandai duniawi & ukhrawi.
Monday, December 08, 2008
Indahnya
Thursday, November 20, 2008
Sunday, November 16, 2008
Aku cuba
Aku cuba lebih redha pada luka semalam...
Cuba menjadi lebih ikhlas dan memaafkan..
Cuba mencari lebih makna pada segala kepedihan dan penderitaan...
Wednesday, November 12, 2008
Kata-kata indah
Saturday, November 08, 2008
Syukran
SYUKUR merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan. Syukur sebagai satu sifat yang dilahirkan daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan Allah. 'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.
Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.
Syukur boleh dicernakan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui perbuatan, melalui hati dan melalui lisan. Syukur melalui perbuatan merangkumi membelanjakan harta ke jalan kebajikan seperti sedekah dan amalan jariah. Melalui ilmu yang diperoleh dan disebar serta diajar kepada orang lain.
Tuesday, October 28, 2008
Rahsia solat
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e... selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi. Inilah dia rahsia as-solat, & pakaian kita semasa di dalam kubur sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......menda ne saya dapat melalui seseorang melalui email dan sama dengan apa yg saya perlajari buat renungan sesama umah, kalau yakin pakai kalau was was buang jgn di pakai. .
Friday, October 24, 2008
Mari Join
Tuesday, May 27, 2008
My heart sank
Monday, May 26, 2008
Hari Lahir yg pilu
Setiap kali b'day anak2, b'day dia, aku yg plan b'mana kita nak habiskan masa. Tak kan b'day aku, aku sendiri yg nak buat perancangan. Tak logik langsung!
End up aku kluar rumah naik bas duduk tepi jalan memikirkan nasib sampai larut malam. Tidak kah ia amat memedihkan? keseorang, sepi dgn cucuran air mata mengalir mengenangkan nasib mempunyai suami yg tak pernah memahami perasaan seorang isteri.
SMS darinya - we are old enough, tak perlu celebrate berdua, we should bring the kids along. Tapi baru smalam kita pergi berkelah dgn anak2. At times, dlm perkahwinan pasangan perlu meluangkan masa bersama pada saat2 tertentu. Bukannya slalu. Salah ke aku?
Terpaksa batalkan hajat naik Spore flyers. Lucky ticket yg aku menang 2 bulan lepas dah tak bermakna lagi.....
Wednesday, May 14, 2008
Didikan
Jika anak dibesarkan dengan celaan, Ia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, Ia belajar berkelahi
Jika anak dibesarkan dengan cemoohan, Ia belajar rendah diri
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, Ia belajar menyesali diri
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, Ia belajar menahan diri
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, Ia belajar percaya diri
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, ia belajar keadilan
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.
Smoga kata2 diatas akan menjadi pedoman buat aku dlm mendidik anak2 ku....
Monday, April 28, 2008
Office baru
Ya Allah...murahkanlah rezekiku...
Thursday, April 24, 2008
Pindah office
Sedih juga kerana office lama byk meninggalkan kenangan pahit & manis. Yang pahit skali adalah kejadian di tingkat 2 dimana aku berteriak & bertekak dgn suami menerusi hp, minta dia melepaskan aku . Di ketika itu aku sudah tidak tahan lagi dgn karenah2 buruknya terhadap aku yg bergelar isteri. Itulah saat2 yg paling getir yg pernah aku lalui bersama suami setelah 10 thn bersama.
Syukur juga bila mendapat tau yg kami akan berpindah ke office baru. Sekurang2nya dapat juga aku melupakan tempat2 yg slalu membuat aku mengimbau kenangan lalu. Aku tidak mau luka lama berdarah kembali. Smoga tiada kejadian yg buruk kan menimpa diriku lagi....InsyaAllah.