Empayer Hatiku

Saturday, October 13, 2007

Raya 2007

Raya tahun ini Allah telah kurniakan aku sebuah kebahagiaan yg amat sangat. Itulah yg dapat aku rasakan. Inilah tahun pertama sejak "pertempuran" 3 tahun lalu, tiada sengketa dimalam raya. Aku rasa ketenangan yg amat mendalam pada malam raya ini. Nikmat yg Allah beri tidak dapat aku luahkan. Ku panjat syukur pada Illahi yg telah menyatukan kembali hati kami yg suatu ketika dulu retak. Kini baru aku dapat mengertikan istilah "sabar" . Jika kita sabar niscaya Allah akan temukan kita jalanNya.

Kami skluarga punya 2 pasang baju yg sedondon. Ia menandakan keharmonian kluarga kami. Pernah pada tahun 2005 beliau malah tidak mahu menggunakan warna yg sama pada raya pertama. Sedih tapi syukur kerana aku cekal dlm mengharungi hari2 yg berikutnya. Rasanya aku bukan jenis yg penyabar, tapi alam rumahtangga telah merubah perilaku seorang yg bernama "AKU". Allah maha berkuasa. Jgn jemu panjatkan doa & lakukanlah amal2 yg baik, walau sedikit tetapi berterusan. Itu yg slalu aku ingatkan pada diriku & anakku. Smoga aku berjaya mengharungi hidup ini bersama suamiku yg satu ini.
posted by Nona at 8:33 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home