Empayer Hatiku
Saturday, February 28, 2009
Sabar
1. Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, rasa tidak aman dan lain-lain.
2. Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.
3. Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.
Semuanya ini sebagai lukisan bahawa secara kiasan Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan beramal soleh dengan sambutan yang baik dan memberikan kurnia keredhaan kepadanya. Ini adalah kerana....a. Allah SWT ingin menunjukkan kekuasaan mutlaknya terhadap manusia, baik ilmu ataupun hikmah rahsia-Nya.b. Untuk menunjukkan bahawa manusia itu harus tunduk dan wajib merendahkan din terhadap Khaliknya dengan penuh kehambaan. Sebab menghambakan diri kepada Allah pada hakikatnya manusia akan memperoleh kemuliaan dan ketinggian.
Berkenaan dengan sifat sabar, Allah telah menyebutkan di dalam Al Qur’an tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk, untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaanya.Banyak orang yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan diri dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.
Pengertian sabar seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi musibah (cubaan atau ujian) dengan cara yang baik, berikhtiar mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang shaleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalaman itu suatu dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat, keimanan dan keyakinan yang penuhi istiqamah.
Tuesday, February 24, 2009
Retrenched
Tak pernah terfikir olehku jika aku yg dibuang kerja. B'mana dgn kluarga ku, tentu keadaan akan terumbang ambing. Satu department menangis, mengenangkan nasib yg menimpa. Sedih kerana kami smua dah seperti kluarga. Menangis & ketawa bersama. Semua diantara kami sudah bekerja lebih dari 10thn. Byk suka duka yg telah kami lalui bersama.
Ya Allah, kau permudahkan lah perjalanan hidupku dlm hari2 yg mendatang.
Walau apa pun yg akan berlaku, smoga aku diberi kekuatan dlm mengharungi kehidupan....
Friday, February 20, 2009
Suamiku
bersyukurlah engkau sebagai seorang suami
kerana mempunyai isteri yang begitu setia pada dirimu
mengikut perintahmu,
taat kepadamu
Duhai suamiku...
bersyukur lah engkau kepada ALLAH
di kurniakan engkau seorang isteri yang sabar dgn karenah mu
sentiasa setia menunggumu
tenang di waktu kau di depan mata
gelisah di waktu kau tiada
Duhai suamiku...
engkau telah diberi amanah yang besar oleh Allah dengan kehadiran seorang isteri disamping mu
jaga la dia, tunjukkan jalan menuju keredhaan ALLAH kepadanya
kerana itu sudah pasti akan di tanya kelak kepadamu
akhirnya
Duhai suamiku...
Bersabarlah dengan karenah isterimu
sabarlah dengan cemburu isterimu
sabarlah dengan leteran isterimu
kerana dia sudah banyak bekorban keranamu