Empayer Hatiku

Monday, July 10, 2006

Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabah kuhadapi dengan mu
Itulah yang kupertahankan
Tak dapat dinafikanBerbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku

Tinggallah aku kini seorang diri
Kesana dan kemari mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi
Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada kupinta
Kerana hidup bahagia sentiasa
Tanpa sengketa
Yang kukesalkan dan tak kulupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana kusungguh menyayangi mu
Hidup aku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata
posted by Nona at 10:33 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home