Empayer Hatiku

Sunday, July 09, 2006

Ahad yg panjang

Hari ini satu hari aku dan suami penat mengalihkan almari dan mengemas satu rumah. Walau penat tapi hati puas, apalagi melihat suamiku juga bersungguh2 mengemas bersama. Aku masih ingat 2 tahun dulu, dia tak ambil peduli langsung. Bila menjelang raya, aku lah yg mengemas dan mengelap apa yg patut. Dia cuma balik utk tidur, umpama menginap di hotel 5 *. Tapi hari ini, dia lain. Dia sudah kembali seperti 'dia' yg sebenarnya. Doaku selama ini utk dapat melihat suamiku kembali pada perangai asalnya telah dimakbulkan. Ya Allah aku bersyukur kau telah kembalikan suamiku kembali ke ribaanku...
Namun bahagia bertukar menjadi sedih bila aku terjumpa sekeping kad ucapan yg belum ditulis, masih dibungkus plastik. Namun kata dari ucapan kad itu sudah cukup membuat aku pasti yg kad itu mmg ingin ditujukan pada betina itu. Bila aku baca baik2 kata dlm kad ucapan tu, aku menangis sayu mengenangkan yg suamiku selama ini menyebelahi betina itu. Tanpa berfikir panjang, aku underline dan tulis mcm2 di tepi bait2 kata ucapan kad tersebut. Biar dia tau aku marah. Bukan main romantis lagi, sampai sanggup membeli kad ucapan utk memberi perangsang pada betina itu.
Aku yg selama ini merana dek perbuatannya yg curang, tak pulak diberi kad ucapan minta maaf atas kecurangannya. Aku yg tak habis2 difitnah, hanya mampu menangis dan berdoa minta Allah berikan aku kekuatan. Tiada siapa yg beri aku moral support pada waktu itu kecuali kakak ku yg aku jadikan tempat untuk meluahkan prasaan.
Hampa bila suami menghargai wanita lain sedangkan hidupku bagai dihiris sembilu. 2 tahun aku menatap hari2 yg berliku dgn linangan air mata. Aku cuba sedaya mungkin utk belajar erti kesabaran. Cuba belajar ketepikan keegoaan ku utk terima balik suami yg telah curang. Cuba belajar melupakan isu2 yg amat menyakitkan hati seorang isteri. Hanya Allah yg berada di sisiku tika aku dlm kesusahan dulu. Hanya Allah yg menemaniku tika aku menangis sayu. Tak dapat aku lupakan gerakan jantungku yg pantas, pedihnya ulu hati, kecutnya isi perut ku bila pertama kali aku tau akan kecurangannya dulu. Tapi aku hargai sgt pengalaman ini. Pengalaman yg mahal. Walau berat utk aku tanggung tapi ia membawa aku dekat dgn Allah. Menjadikan aku seorang isteri yg bersemangat kental.
Aku tak dapat melelapkan mata. Ku pandang wajah suami. Bantalku basah disirami air mata kecewa. Aku gagahkan diri bertanya knapa masih ingin menyakiti hatiku. Dgn tenang dia berkata, "Seperti yg pernah I katakan, I tak mahu bercakap ttg wanita itu lagi. It's history. That card pun I beli dah lama dulu. Bukan baru ni. Tolong lupakan smua." Dia menoleh ke arahku, mengusap rambutku dan minta aku berhenti menangis . Dia berkata lagi, " I sayangkan U dan tidak pernah terfikir utk melepaskan U!". Air mataku semakin deras, esakkan tanggisanku semakin jelas kedengaran bila mendengar kekata itu. Betulkah apa yg aku dengar?.....
posted by Nona at 11:20 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home