Empayer Hatiku

Wednesday, July 12, 2006

Auratku

Hari ini seorang teman sepejabat baru mula memakai tudung. Alhamdullilah, semakin bertambah wanita melayu kat pejabat ni yg tutup aurat. Syukur kerana Allah telah membuka pintu hatinya utk menjadi wanita Islam yg lebih sempurna.
Teringat detik pertama aku memakai tudung. Hari pertama bila aku menjejakkan kaki keluar rumah dgn menutup aurat, hati ini merasa amat tenang. Mungkin juga prasaan ni datang kerana aku lakukan dgn ikhlas tanpa ada paksaan dari mana2 pihak. Sesuatu yg datang dari hati dan naluri sendiri akan lebih memberangsangkan. Syukur kerana Allah telah membuka pintu hati utk aku berubah menjadi seorang muslimah yg menepati ciri2 Islam yg sebenar pada usia ku yg masih muda. Dan mula dari perubahan itulah, sedikit demi sedikit, aku berusaha mendekatkan diri ke jalan Allah. Berusaha menjadi isteri yg lebih baik seperti dikehendaki oleh Islam. Namun, perjalananku masih jauh. Terlalu byk ilmu ttg agama Islam yg perlu aku terokai. Smoga aku akan diberi kekuatan utk tidak perpaling lagi.....
posted by Nona at 8:19 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home