Empayer Hatiku

Friday, June 01, 2007

Ceramah Ugama

Alhamdullilah pagi ni aku dan kakak sempat ke masjid dgr syarahan Ustazah Siti Nurbayah ttg rumahtangga. Byk yg dapat aku pelajari , antaranya, adalah baik utk seorang isteri membaca surah Al-Imran ayat 31, sambil niatkan nama suami. Kita juga boleh baca ayat tersebut sambil niatkan nama anak2, supaya kasih syg bertambah erat.

Dulu semasa rumah tangga ku bermasaalah, inilah ayat yg aku baca setiap solat subuh dan maghrib. Aku dapat rasakan kebersanan ayat2 Allah. Namun keyakinan perlu ada pada setiap insan. Itu yg paling penting dlm perjalanan hidup ini. Tanpa keyakinan, seseorang itu akan mudah menyerah kalah dan lemah semangat. Di tatkala inilah syaitan akan hadir membisikkan kata2 yg akan menjerumuskan kita ke lembah yg lebih hina. Malah ada sesetengah hamba Allah yg tidak kuat boleh memikirkan utk membunuh diri hanya kerana terlalu hampa dgn kehidupan. Marilah kita berdoa agar Allah tetapkan keimanan kita agar tidak terpesong jauh dariNYA.
posted by Nona at 9:12 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home