Empayer Hatiku

Monday, April 23, 2007

Hidupku kini

Kehidupanku semakin baik. Aku dapat merasakan kasih syg dari suami kembali bertaut. Namun keraguan tidak pernah lari dari hati ini. Aku perlu berhati2 supaya perasaanku tidak akan dipermainkan lagi. Aku tidak mahu kecundang buat kedua kali. Au tidak mahu dipermainkan lagi. Aku tidak boleh terlalu mudah dimuai mimpi. Igauan ngeri yg ku lalui tidak mudah diluputkan dari sanubari. Hanya mereka2 yg melalui detik2 penyiksaan seperti ku saja yg akan memahami kesengsaraan yg aku hadapi. Sebolehnya aku tidak mahu menjadi seorang yg pendendam. Namun tidak dapat meluputkan peristiwa pahit tidak bermakna aku seorang pendendam. Peristiwa pahit itu adalah perkara yg paling hiba yg pernah aku lalui sepanjang hidupku. B'mana bisa aku melupakan saat2 itu. Ia bagai baru semalam berlaku. Serpihan luka dihati ini tidak mungkin dapat sembuh. Secebis hati luka yg robek itu tidak akan dapat dicantum kembali. Biarlah secebis itu hilang dari pandangan, biarlah hati itu cacat. Namun aku tidak akan sekali2 mengutip utk dipatrikan cebisan itu. Biarlah ia menjadi memori berdarah, satu tanda cintaku telah dikhianati..............
posted by Nona at 8:44 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home